Assalamualaikum semua, dah ramai yang dah sedia maklum akan kebaikkan dan manfaatnya Serunding Halia ni, bila sebut jer serunding halia pasti akan dikaitkan dgn ibu berpantang, serunding halia ni sesiapa sahaja bole makan, tidak khusus untuk ibu berpantang,salah 1 kebaikkannya ialah, mampu membuang angin dalam badan, haaa bila makan tu sure la akan sendawa tak kurang juga yanh terbuang angin dengan tak sengaja, pengidap gout juga bole amalkan😉..
Saya kongsikan resepi mudah dan berkhasiat ni ya.
Ni la dia hasil Serunding Halia saya, utk sekilo halia dpt la dlm dua balang kecik. Nampak tak beza halia yg dihiris dgn pisau dan yg disagat, saya lagi suka hiris, tekstur cantik, tak hancur, panjang2 mcm bihun gittchuuu heheheh..
Sagat ke hiris ke, mana2 pun bole, ikut keselesaan masing2😉🤗.
*Pengidap Gout pun bole makan serunding ni, makesure JANGAN ❌ letak ikan bilis la ya, pantang tu😅
💖Resepi Mudah Serunding Halia💖
Sekilo Halia, saya guna Halia Tua, buang kulit dan hiris halus nak sagat pun bole
1Labu bwg putih, hiris halus
1genggam ikan bilis.
Sedikit garam
*Minyak secukupnya, minyak tu agak2 mcm nak goreng keropok.
*Bahan perasa tu suka hati nak letak apa2 pun bole.
*Halia tak perlu perah ya.
*kalau nak tekstur lawa mcm halia saya ni, saya cadangkan lebih baik hiris dgn pisau yg tajam ya, jgn sagat, klu sagat halia akan hancur dan cepat hangus, klu untuk buat jual, sebaik2nya sagat jer ya..maklum la klu utk jual berkilo2 halia.
*Nak letak bawang merah goreng pun bole
Goreng bwg putih hingga garing, ketepikan.
Kemudian goreng halia hingga garing, ketepikan.
Akhir sekali goreng ikan bilis hingga garing.
*Campurkan semua bahan2 goreng tadi dgn sedikit garam..kacau sebati..siapp!

Selamat mencuba
ReplyDeleteWow! Trima kasih share recipe!
ReplyDeleteHi there, can I have your permission to use your picture to also write about the goodness of serunding halia in my article? I will put your name and link of this blog in my article for picture credit.
ReplyDeleteLooking forward to your reply. Thank you very much.
Sure can🤗
Delete